Langganan di Google Play akan dibaharui secara automatik melainkan anda berhenti melanggan. Sekiranya anda tidak mahu meneruskan langganan mana-mana aplikasi, anda boleh membatalkannya secara langsung melalui peranti pada bila-bila masa. Anda juga boleh menukar kaedah pembayaran yang anda gunakan. Sila batalkan langganan anda sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tarikh pembaharuan.

Penting: Menyahpasang aplikasi tidak akan menghentikan langganan anda secara automatik. Anda mesti membatalkan langganan anda untuk menamatkan langganan anda. Sekiranya anda menyahpasang aplikasi tersebut dengan tanpa membatalkan langganan, anda masih akan dikenakan bayaran.

Bagaimanakah cara memulihkan langganan saya pada peranti Google?

Pastikan peranti dilog masuk dengan Akaun Google Play Store yang digunakan untuk membuat pembelian asal.

Buka Google Play Store
Ketik pada Menu, Akaun, kemudian Langganan.
Cari langganan yang ingin anda pulihkan
Ketik Pulihkan

Bagaimanakah saya boleh membatalkan langganan saya?

Buka Google Play Store
Ketik Pada: Menu > Akaun > Langganan
Cari langganan.
Ketik
“Batal".

Mengapakah status langganan saya "dilanggan" walaupun saya telah membatalkan langganan saya?

Apabila anda membatalkan pembaharuan langganan, anda mengekalkan akses penuh ke aplikasi tersebut sehingga tempoh langganan semasa berakhir.

Sebaik sahaja tempoh langganan semasa berakhir, status anda akan dikemas kini menjadi "tidak dilanggan" dan anda akan mempunyai akses terhad ke kandungan aplikasi.

Bolehkah saya berkongsi langganan saya melalui Family Library?

Langganan adalah salah satu jenis kandungan yang tidak dapat dikongsi melalui Family Library. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati halaman Sokongan Gogle Play.

Untuk berkongsi langganan anda pada peranti lain, peranti tersebut perlu log masuk dengan akaun Google Play yang digunakan untuk membuat pembelian asal sebelum memasang aplikasinya.

Bayaran Balik Langganan:

Untuk meminta bayaran balik dengan Google Play, hantarkan permintaan anda dan lampiran resit ke support@budgestudios.ca. Untuk mendapatkan resit anda, cari "Google Play" di peti masuk anda dan majukan lampiran. Harap maklum bahawa resit Google Play mesti mempunyai ID transaksi GPA yang tertera di dalamnya.